PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
short range order | | | Susunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang. |
long range order | | | Susunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek. |
colloidal self-assembly | | | Proses apabila zarah koloid menyusun secara teratur dan dengan sendirinya membentuk filem tipis mengikut acuan hablur substrat. Filem ini digunakan sebagai sensor dan pelbagai peranti fotonik. |
quantum corral | | | Cincin bersaiz nanometer yang terdiri daripada susunan atom yang teratur di atas substrat. Atom tersebut disusun menggunakan mikroskop penerowongan atom (STM). Saiz dan bentuk kandang ini menentukan keadaan kuantum, termasuk tenaga dan taburan elektron. Contohnya, cincin atom kobalt atau besi atas permukaan kuprum. |
molecular self-assembly | | | Penyusunan kumpulan molekul dalam keadaan rawak kepada struktur yang lebih teratur berasaskan sifat kimia dan fizik dalam sistem tanpa pengaruh luar. Terdapat dua jenis swapemasangan molekul, iaitu swapemasangan intramolekul dan swapemasangan intermolekul. Contoh swapemasangan intramolekul ialah protein yang terlipat membentuk gelang, manakala swapemasangan intermolekul ialah pembentukan supermolekul misel dalam larutan. |
amorphous material | | | Bahan yang tidak menunjukkan sifat struktur hablur dan tidak mempunyai susunan atom yang teratur. Contoh bahan amorf ialah silikon amorf/amorfus (a-Si). |