PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
magnetic storage | | | Kaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi. |
Moores law | | | Satu hukum yang menyatakan bilangan transistor yang dimuatkan pada cip ingatan bertambah dua kali ganda setiap satu setengah tahun. Hal ini disebabkan kemajuan dalam faktor reka bentuk seperti keberkesanan penyambungan dalaman dan pengecilan saiz komponen. |
chip | | | Kepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data. |
Seebeck effect | | | Satu kesan yang terhasil daripada penjanaan voltan atau daya gerak elektrik, iaitu hasil perbezaan suhu pada dua sambungan logam berlainan dalam litar yang sama. Fenomena ini ditemui oleh T. J. Seebeck pada tahun 1821 dan merupakan asas fizik bagi pembuatan termogandingan. Suatu termogandingan terdiri daripada sepasang wayar logam berlainan, disambung pada kedua-dua hujungnya. Satu hujung dibiarkan pada suhu rendah (biasanya direndam di dalam ais), sementara hujung yang satu lagi dibiarkan pada suhu yang lebih tinggi. Daya gerak elektrik terjana hasil daripada kesan Seebeck. |
Merrifield method | | | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
Cooper pair | | | Keadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun |
|
Puisi |
---|
|
Pagi hari mandi di perigi, Mandi di sana banyak juga; Kalau tidak dapat tahun ini, Tahun depan kuambil juga.
Lihat selanjutnya... |
|