PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Heaviside step function | | | Fungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron). |
coercive force | | | Keadaan daya medan magnet yang diperlukan untuk menghilangkan sisa pemagnetan bahan feromagnet kepada sifar selepas bahan itu dimagnetkan ke tahap tepu. Bahan yang memerlukan daya paksa yang besar disebut sebagai magnet kekal dan terdapat pada nanohablur magnet. Daya paksa dapat digambarkan dalam lengkung histeresis dan diukur dalam unit oersted atau ampere/meter. |
antiferromagnetism | | | Sifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO). |
nanoscale abacus | | | Susun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM). |
nanostructure | | | Objek yang mempunyai saiz di antara struktur molekul dengan struktur mikroskop. Struktur ini dibezakan mengikut bilangan dimensi pada skala nano. Contohnya, bintik kuantum mempunyai diameter 5 nm - 100 nm, mempunyai sifar dimensi pada skala nano, filem tipis berketebalan antara 0.1 nm - 100 nm adalah nanostruktur berdimensi satu. Sementara nanotiub dengan diameter tiub antara 0.1 nm - 100 nm mempunyai dua dimensi pada skala nano. Sfera nanozarah mempunyai tiga dimensi pada skala nano dengan saiz antara 0.1 nm - 100 nm. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifar |
|
|