PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
pixel | | | Unsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik. |
amorphous computing | | | Pengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak. |
bacteriophage | | | Sebarang virus yang menjangkiti sel bakteria yang setiap satunya mempunyai julat penghunian yang kecil. Saiz kepalanya ialah 40 nm, lebar badannya ialah 13 nm dan panjang ekornya ialah 100 nm. Sinonim faj. |
graphite | | | Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron. |
molecules | | | Gabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens. |
double decomposition | | | Tindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan. |
histone | | | DNA panjang yang melilit di sekeliling sekumpulan protein sehingga membentuk rantaian manik dengan setiap satu berdiameter 11 nm. Histon terdiri daripada asid amino asas, terutamanya lisina dan arginina dan larut di dalam air. |
atomic spectroscopy | | | Kajian tentang sinaran elektromagnet yang diserap dan dipancar oleh atom. Oleh sebab setiap unsur mempunyai ciri-ciri spektra yang unik maka spektroskopi atom digunakan untuk menentukan kandungan unsur dalam sampel. |
jellium model | | | Model yang mengandaikan suatu gugusan atom sebagai suatu atom besar. Cas nukleus setiap atom dianggap bertaburan secara seragam di dalam sfera bersaiz gugusan tersebut. Aras tenaga dalam model ini diperoleh daripada penyelesaian persamaan Schrodinger seperti yang dilakukan untuk atom hidrogen. |
Moores law | | | Satu hukum yang menyatakan bilangan transistor yang dimuatkan pada cip ingatan bertambah dua kali ganda setiap satu setengah tahun. Hal ini disebabkan kemajuan dalam faktor reka bentuk seperti keberkesanan penyambungan dalaman dan pengecilan saiz komponen. |