PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanowire | | | Struktur berbentuk seperti wayar, berdiameter 1 nm - 100 nm. Nanowayar memberikan kesan mekanik kuantum berdimensi satu dan dikenali juga sebagai wayar kuantum. Terdapat pelbagai jenis nanowayar, termasuk daripada bahan logam (seperti Ni, Pt, Au), semikonduktor (seperti Si, InP, GaN) dan penebat (seperti SiO2, TiO2). Nanowayar dapat digunakan untuk menyambung komponen halus kepada litar yang amat kecil. |
bottom-up nanofabrication | | | Pembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah. |
soft molecule | | | Molekul tunggal bahan organik atau organo-logam yang dapat berfungsi sebagai satu komponen peranti elektronik, seperti suis, transistor dan diod. Komponen peranti ini dapat dipasang pada permukaan lembut seperti kepingan kertas atau plastik. Peranti yang dibina ini bersifat boleh lentur. |
phonon | | | Tenaga yang terkuantum hasil getaran anjal dalam kekisi hablur. Konsep fonon amat penting dalam mengkaji sifat fizik pepejal seperti kekonduksian terma dan kekonduksian elektrik. Fonon dapat bertindak balas dengan elektron seperti yang berlaku dalam fenomena superkekonduksian. |
nanoscience | | | Subbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah. |
nanophotonics | | | Ilmu tentang perlakuan cahaya pada bahan nanostruktur seperti bintik kuantum dan hablur fotonik, biasanya melibatkan kajian tentang sifat cahaya pada nanometer dan reka bentuk peranti fotonik yang mempunyai kecekapan yang tinggi. Ilmu ini berpotensi tinggi dalam industri komunikasi bagi membekalkan peranti berkelajuan tinggi, berkuasa rendah dan bebas gangguan seperti elektrooptik dan suis optik pada cip. Lihat juga fotonik. |
antidepressant | | | Drug yang digunakan untuk merawat kemurungan. Drug ini bertindak ke atas aliran saraf penghantar epinefrina, serotonina dan norepinefrina merentasi neural sinaps. Contohnya, drug monamina oksidase (MAOI) seperti isokarbokazid (Marplan), drug trisiklik seperti imipramina (Tofranil) dan amitriptilina (Elavil). |
self-healing structure | | | Keadaan struktur bahan yang dapat pulih kembali kepada bentuk asal pada bahagian dalam dan luar apabila mengalami kerosakan seperti retak atau kemik. Sifat demikian terjadi pada bahan swasembuh. Contohnya, bahan ingat bentuk sama ada logam atau polimer. Bahan seperti ini akan digunakan pada badan kenderaan. |
acceptor | | | Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik. |
genechip | | | Cip yang mengukur paras ungkapan gen secara serentak ke atas semua transkrip dalam sesuatu sampel tisu. Cip ini bersaiz sama seperti satu setem pos yang terdiri daripada substrat kaca yang mengandungi kira-kira 400 000 sel halus. Setiap sel tersebut memegang DNA daripada pelbagai gen manusia. Cip ini digunakan untuk menganalisis gen, seperti pengenalpastian gen kanser. |