PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
tissue repair | | | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
electroluminescence | | | Pemancaran cahaya dari suatu bahan apabila dikenakan medan elektrik yang tinggi atau dilalukan arus elektrik tanpa melibatkan penjanaan haba. Fenomena ini ialah hasil gabungan semula elektron dan lohong dalam bahan, biasanya semikonduktor. Elektron yang teruja akan mengeluarkan tenaga sebagai foton. Sebelum penggabungan semula, elektron dan lohong terpisah, sama ada hasil daripada pendopan bahan bagi membentuk simpangan p-n (seperti dalam peranti LED) atau pengujaan menerusi hentaman elektron bertenaga tinggi yang dipecut oleh medan elektrik tinggi (seperti pada fosforus dalam paparan elektropendarcahaya). |
natural nanoscale sensor | | | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
artificial bone | | | Bahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur. |
memory | | | Peranti yang dapat menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat digital dengan pantas. Peranti ini diperbuat daripada filem tipis bahan magnet ataupun filem tipis bahan optik. Memori digital diukur dalam bit, seperti kilobit dan megabit. Contoh penggunaan memori adalah pada cip RAM dalam komputer, cakera padat, pemacu pena dan pita video. Sinonim memori. |
crystal growth | | | Proses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran. |
photoluminescence | | | Proses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut. |
electron affinity | | | Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol. |
imogolite nanotube | | | Nanotiub berdinding tunggal galian imogolit aluminosilikat dengan stoikiometri (HO)3Al2O3SiOH dan terdapat secara semula jadi dalam tanih gunung berapi. Nanotiub imogolit mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas dalam nanoteknologi antaranya, dalam pemisahan molekul, storan molekul, dan pemangkinan. |
self-replicating | | | Proses apabila suatu bahan dapat membuat salinan dirinya sendiri. Sel biologi dalam keadaan tertentu dihasilkan semula melalui pembahagian sel. Semasa pembahagian sel, DNA akan menyalin dirinya sendiri dan seterusnya membiak. Nanoteknologi akan menghasilkan peranti yang dapat menyalin dirinya sendiri melalui penyusunan molekul bahan, di samping dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya, molekul DNA. |
|
Puisi |
---|
|
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.
Lihat selanjutnya... |
|