PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
magnetic resonance imaging (MRI) | | | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat; |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang.
Lihat selanjutnya... |
|