PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
scattering length | | | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
bioavailability | | | Keadaan apabila molekul drug atau ubat bertindak pada sasaran sel tubuh dengan tepat. Keadaan ini menggambarkan keberkesanan penghantaran drug ke bahagian sel tubuh yang ingin dirawat. |
laser evaporation synthesis | | | Teknik sintesis nanozarah dengan menggunakan alur laser untuk menyejat bahan sasaran yang kemudiannya terkondensasi menghasilkan zarah bersaiz kurang daripada 100 nm. |
cancer treatment | | | Teknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat. |