Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
colossal magnetoresistanceMagnetorintangan yang sangat besar melebihi 20% pengurangan rintangan, yang berkaitan dengan peralihan fasa magnet dalam sesetengah bahan homogen terutamanya dalam kumpulan magnet oksida perovskit. Lihat juga magnetorintangan raksasa.
molecular motorNanomesin biologi yang sangat penting untuk pergerakan dalam organisma hidup. Kebanyakan motor molekular berasaskan protein dan menukar tenaga kimia dalam ATP kepada tenaga mekanik.
lipophilicSifat bahan yang daya tarikannya terhadap lemak adalah sangat tinggi. Bahan ini digunakan sebagai pelarut lemak atau lipid. Contohnya, toluena.
electron driven deviceAlat yang digunakan untuk memproses isyarat elektrik pada frekuensi terahertz (THz) berasaskan pemacuan elektron sangat laju (pikosaat) yang dikenakan terhadap lawang transistor kesan medan (FET) berdimensi nanometer.
antimicrobialBahan yang membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikrob, seperti bakteria, kulat, virus, dan parasit. Contohnya, antibiotik yang digunakan sebagai ubat bagi merawat jangkitan. Antimikrob sangat penting dalam industri tekstil, penyahjangkitan air, ubat, dan pembungkusan makanan. Nanozarah logam oksida, contohnya perak dipakai secara meluas sebagai antimikrob untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob lain tanpa memberikan kesan toksik kepada persekitaran.
Frenkel excitonPasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama.
antibody-conjugated silica nanoparticleAntibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit.
nascent stateSatu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa.
lateral force microscopePeranti yang menghasilkan imej suatu permukaan dengan menggerakkan hujung jarum kantilever secara mendatar dan bersentuhan sepanjang permukaan sampel. Imej permukaan diperoleh daripada kilasan kantilever yang berubah terhadap daya geseran permukaan. Mikroskop ini sangat peka terhadap bahan yang terdiri daripada fasa yang berbeza. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM).
carbon nanotubeKepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangat

Puisi
 

Sangat tinggi bukit puaka,
     Pak Wan lalu ke Kelang;
Abang pergi tidak mengapa,
     Adik tinggal menanggung bimbang.



Lihat selanjutnya...