PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
goldcoated | | | Proses penyaduran/endapan lapisan tipis emas pada permukaan sampel dengan menggunakan kaedah penyaduran kimia atau penyaduran elektrokimia bagi meningkatkan kadar kekonduksian sampel. Sampel akan diletakkan diatas logam seperti tembaga atau perak sebelum proses penyaduran dilakukan. |
cryoscopy | | | Kaedah untuk menentukan berat atau kepekatan sesuatu molekul dalam sampel biologi (contoh sampel darah, air kencing, tumbuhan, dan sebagainya) dengan melarutkan sampel dan kemudian mengukur takat beku larutan. |
scanning capacitance microscope (SCAM) | | | Sejenis pengimbas kuar mikroskop (SPM) yang menggunakan kuar elektrod untuk menganalisis sampel dengan cara meletakkan kuar elektrod bersentuhan atau berdekatan dengan permukaan sampel. Maklumat sampel diperoleh melalui perubahan elektrostatik kapasitans di antara permukaan kuar elektrod. |
cryo scanning electron microscope | | | Alat yang digunakan untuk pengimejan morfologi permukaan sampel yang mengandungi kelembapan tanpa menyebabkan sampel tersebut kering. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia. |
emanation thermal analysis (ETA) | | | Kaedah yang digunakan untuk mengkaji struktur sampel pepejal dengan mengukur pelepasan gas lengai dari sampel tersebut. Contoh sampel ialah seramik. |
cross section | | | Potongan lurus sampel pada sudut tepat ke paksi. Keratan rentas sampel disediakan dengan menggunakan mikrotom yang berfungsi sebagai pemotong sampel bersaiz ultranipis. |
atomic absorption spectroscopy | | | Kaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan. |
confocal optical microscopy (COM) | | | Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan. |
electron energy loss spectroscopy (EELS) | | | Kaedah untuk mengkaji komposisi unsur dan keadaan ikatan atom pada sampel. Pengesanan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom sampel adalah berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada sampel diserakkan secara tak kenyal. |
cryo-ultramicrotom | | | Alat yang digunakan untuk menyediakan lapisan tipis sampel dengan permukaan yang rata dan berkualiti. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia. |