PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
complementary strand | | | Salah satu daripada dua bebenang tunggal DNA yang jujukan nukleotidanya tergabung sebagai pasangan membentuk heliks berganda DNA. Lihat juga asid deoksiribonukleik (DNA). |
serine | | | Sebatian organik dalam salah satu daripada 20 jenis asid amino yang terdapat dalam protein haiwan. Sebatian ini merupakan komponen penting bagi fosfolipid dan digunakan dalam penyelidikan biokimia dan mikrobiologi. |
local force spectroscopy (LFS) | | | Salah satu kaedah dalam mikroskop daya atom (AFM) yang digunakan untuk menentukan keluk daya tindakan di kawasan tertentu pada permukaan sampel. |
alanine | | | Asid amino berhablur dengan formula kimianya, C3H7NO2. Alanina merupakan salah satu komponen dalam pembentukan nanowayar berganda DNA. Terdapat dua jenis alanina, iaitu ?-alanina dan ?-alanina. ?-alanina merupakan juzuk kebanyakan protein, terutamanya protein haiwan. ?-alanina tidak terdapat dalam protein, tetapi wujud secara tabii dalam dua peptida, iaitu karnosina dan ansarina yang terdapat dalam otot mamalia. |
charge couple device | | | Alat yang diperbuat daripada bahan semikonduktor yang disusun supaya output cas elektrik daripada salah satu semikonduktor mengecas semikonduktor di sebelahnya. |
electron column | | | Turus elektron berfungsi untuk membolehkan elektron bergerak dari sumber elektron ke permukaan sampel bagi menghasilkan imej pada resolusi berskala nano. Turus electron ialah salah satu komponen pada mikroskop electron. |
guanine | | | Sebatian organik daripada kumpulan purina yang dicirikan oleh struktur dua cincin yang terdiri daripada atom karbon dan nitrogen dengan formula kimia, C5H5N5O. Sebatian ini merupakan salah satu daripada lima komponen asas bagi pembentukan asid nukleik, dan merupakan sebahagian daripada kandungan sel DNA dan RNA yang menyimpan dan menyebarkan kod genetik. |
spin transport | | | Perpindahan elektron antara dua bahan yang orientasi spinnya kekal. Contoh bahan tersebut ialah heterostruktur superkonduktor-feromagnet, logam bukan magnet-feromagnet atau semua bahan semikonduktor yang salah satunya terdop dengan unsur bahan magnet. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan peranti spintronik untuk pemprosesan maklumat atau penstoran data. |
chirality | | | Sifat sesuatu objek yang strukturnya tidak simetri, iaitu strukturnya berbeza daripada imej cerminnya. Sebatian kimia kekiralan biasanya bersifat aktif optik, dan terdapat pada kebanyakan molekul bahan organik. Salah satu struktur nanotiub karbon ialah kiral. |
small peptide | | | Sebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida. |