PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
surfactant | | | Bahan yang berfungsi mengurangkan tegangan permukaan suatu cecair, memudahkan penyebaran cecair dan menurunkan tegangan antara permukaan dua cecair. Surfaktan biasanya sebatian organik yang bersifat amfifilik, iaitu mengandungi kumpulan hidrofobik sebagai ekor dan kumpulan hidrofilik sebagai kepala. Surfaktan larut dalam kedua-dua pelarut organik dan air. Contohnya, alkilpolietilena oksida, benzalkonium klorida, sabun dan garam asid lemak. Surfaktan digunakan untuk menyalut bintik kuantum atau nanozarah untuk mengelakkan zarah daripada mengagregat. |
|
Puisi |
---|
|
Kain putih disesah putih, Tengah bersesah sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Tengah kasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|