PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
bandwidth | | | Ukuran ruang dalam spektrum tenaga diukur dalam unit Hertz (Hz). |
nanopeapod | | | Nanostruktur yang ruang dalamannya diisi oleh atom atau molekul asing. Contohnya, nanotiub karbon dan fulerena. |
miniaturization | | | Pengurangan dalam saiz dan berat suatu sistem, pakej, komponen atau peranti dengan menggunakan bahagian kecil yang disusun untuk penggunaan ruang secara maksimum. Contohnya, pembinaan litar dan peranti menggunakan komponen bersepadu dengan pelbagai teknik. |
layer structure | | | Struktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom). |
semiconductor quantum dot | | | Hablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor. |
density functional theory | | | Satu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan. |
antenna | | | Sistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar. |
alpha helix | | | Struktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 . Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100 dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya. |
Keggin ion | | | Ion yang formulanya [Al13O4(OH)24(H2O)12]7+ dengan atom aluminium membentuk struktur terapat-padat. Dalam ion ini, atom aluminium yang terletak pada kedudukan pusat ialah terkoordinat tetrahedron, manakala 12 atom aluminium di sekelilingnya terkoordinat oktahedron. Kewujudan ion ini dapat dikesan dengan tepat menggunakan kaedah resonans magnet nukleus (NMR) Al27. Ion ini digunakan untuk mengisi ruang dalam lapisan bahan tak organik. |