PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
smart drug | | | Ubat yang dihasilkan menggunakan teknologi reka bentuk molekul dan nanobiologi yang dapat bertindak secara berkesan di dalam tubuh, di tempat dan pada masa yang diperlukan. Contohnya, ubat penenang dan ubat terapi molekul DNA. |
smart material | | | Bahan yang direka bentuk pada skala nano bagi melakukan fungsi tertentu, dan sifat fiziknya seperti mekanik, haba, optik dan elektromagnet dapat dikawal menerusi perubahan persekitaran. Contohnya, cermin kereta swagelap yang berada dalam keadaan jernih sepanjang masa, tetapi berubah menjadi gelap apabila disinari cahaya berkeamatan tinggi untuk melindungi pemandu daripada silauan. |
electrochromic | | | Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida. |
|
|