PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
sp hybridization | | | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
acceptor | | | Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik. |
electronic magic number | | | Angka 2, 10, 18, 36, 54, dan 86, yang sepadan dengan jumlah nombor elektron dalam petala elektron yang penuh. Unsur kimia yang mempunyai nombor atom yang sama dengan salah satu nombor ajaib ini, biasanya berada pada keadaan stabil secara kimia. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata petala; |
|
|