PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nucleation | | | Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur. |
Volmer-Weber growth (VW) | | | Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW. |
|
|