PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanoparticle reactivity | | | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
atomic spectroscopy | | | Kajian tentang sinaran elektromagnet yang diserap dan dipancar oleh atom. Oleh sebab setiap unsur mempunyai ciri-ciri spektra yang unik maka spektroskopi atom digunakan untuk menentukan kandungan unsur dalam sampel. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
acceptor | | | Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik. |
Rayleigh scattering | | | Proses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang. |
|
|