PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanometer | | | Ukuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm. |
femtometer | | | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
nanosilicate | | | Bahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor. |
nanoelectromechanical (NEM) test | | | Ujian yang digunakan untuk mengukur fungsi integrasi elektrik dan mekanik yang berskala nano. Contohnya ialah meter pecutan dan sensor untuk mengesan bahan kimia dalam udara. |
nanoporous structure | | | Struktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api. |
soft magnetic material | | | Bahan yang mempunyai daya paksa kecil dan ketakisotropi kecil. Bahan ini mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan. Bahan magnet lembut digunakan dalam meter gegelung bergerak untuk mengukur arus elektrik. Contohnya, besi. |
cobot | | | Sejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia. |
accelerometer | | | Peranti yang mengukur pecutan, kecondongan atau kesan graviti. Terdapat pelbagai jenis peranti akselerometer bergantung pada komponen utamanya seperti filem piezo, mikroelektromekanik (MEMS) dan nanoelektromekanik (NEMS). Akselerometer yang menggunakan teknologi MEMS, digunakan dalam industri automotif untuk mengesan pelanggaran dan penggelembungan beg udara. Sinonim gravimeter, meter pecutan. |
coercive force | | | Keadaan daya medan magnet yang diperlukan untuk menghilangkan sisa pemagnetan bahan feromagnet kepada sifar selepas bahan itu dimagnetkan ke tahap tepu. Bahan yang memerlukan daya paksa yang besar disebut sebagai magnet kekal dan terdapat pada nanohablur magnet. Daya paksa dapat digambarkan dalam lengkung histeresis dan diukur dalam unit oersted atau ampere/meter. |