PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Frenkel exciton | | | Pasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama. |
fluorophore | | | Komponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH. |
anthrax | | | Sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi. |
photochemical switch | | | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
cation | | | Atom atau molekul yang kehilangan satu atau lebih elektron menyebabkan atom dan molekul bercas positif. Contohnya, ion hidrogen (H+) dan ion ammonium (NH4+). |
one-dimensional nanowires | | | Wayar yang diameternya bersaiz nanometer yang menyebabkan elektron dibenarkan bergerak hanya dalam satu dimensi atau disebut sebagai terkurung separa dalam satu dimensi. Contohnya, nanowayar silikon dan nanowayar emas. |
metastable | | | Keadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil. |
bacteria | | | Kumpulan organisma mikroskopik yang terdiri daripada sejumlah bilangan bakterium. Organisma yang menyebabkan penyakit ialah bakteria dan teramat kecil bersaiz antara 0.5 mikron - 5.0 mikron. Contohnya, patogen. Lihat juga bakterium. |
kinetic control | | | Satu kawalan yang dilakukan dalam pensintesisan suatu bahan polimer yang menyebabkan pemecahan dan penggabungan semula ikatan kimia dengan menggunakan sifat dinamik. |
single electron transistor (SET) | | | Keadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir. |