PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanobiotechnology | | | Teknologi yang berasaskan unit struktur asas biologi seperti lipid, protein dan DNA. Unit ini dapat mengalami swapasang kepada struktur dan peranti yang dapat digunakan dalam bidang nanoteknologi. |
self-healing structure | | | Keadaan struktur bahan yang dapat pulih kembali kepada bentuk asal pada bahagian dalam dan luar apabila mengalami kerosakan seperti retak atau kemik. Sifat demikian terjadi pada bahan swasembuh. Contohnya, bahan ingat bentuk sama ada logam atau polimer. Bahan seperti ini akan digunakan pada badan kenderaan. |
isoprene | | | Molekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan. |
magnetic resonance imaging (MRI) | | | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
nanoparticle | | | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |
partial confinement | | | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
nanosized grain | | | Perihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer. |