PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanodispersion | | | Sistem pelbagai fasa nanozarah yang tersebar dalam pelbagai media sama ada pepejal, cecair atau gas. |
Fresnel equation | | | Persamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran |
scanning ion conductance microscopy (SICM) | | | Kaedah yang digunakan untuk mengkaji topografi permukaan sampel bersaiz mikrometer atau nanometer di dalam media akueus/berair seperti contoh sampel biologi dan sel hidup. |
nucleation | | | Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata media. |
|
|