PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
plastic electronic device | | | Alat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung. |
organic light -emitting diode (OLED) | | | Bahan lapisan pemancar diperbuat daripada filem tipis sebatian organik. Bahan pemancar organik ini terdiri daripada molekul kecil atau polimer. OLED mempunyai kelebihan dari segi sifat mudah lentur dan digunakan dalam sistem paparan elektronik seperti telefon bimbit. |
soft molecule | | | Molekul tunggal bahan organik atau organo-logam yang dapat berfungsi sebagai satu komponen peranti elektronik, seperti suis, transistor dan diod. Komponen peranti ini dapat dipasang pada permukaan lembut seperti kepingan kertas atau plastik. Peranti yang dibina ini bersifat boleh lentur. |
soft molecule electronics | | | Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan pembuatan peranti elektronik menggunakan satu atau lebih filem tipis molekul kecil atau polimer. Berbeza dengan peranti elektronik silikon yang dibina di atas wafer silikon yang keras, komponen peranti elektronik lembut dapat disusun atas permukaan substrat yang dapat lentur seperti kepingan kertas atau plastik. Contoh peranti elektronik lembut ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, bateri dan akhbar elektronik. |
|
|