PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
lipid | | | Sebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol. |
amphiphilic | | | Sifat molekul yang mempunyai satu kumpulan terkutub yang bersifat larut air (hidrofilik), disangkut pada rantai hidrokarbon bukan terkutub yang tidak larut air (hidrofobik). Contohnya, molekul asid stearik yang rumus kimianya C17H35COOH, mempunyai kumpulan COOH yang larut air pada salah satu hujung dan kumpulan CH3 yang tidak larut air pada hujung yang satu lagi. Sifat amfifilik sangat diperlukan dalam proses pembentukan filem tipis tertentu seperti filem tipis Langmuir- Blodgett. |
isoprene | | | Molekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan. |
furan | | | Sebatian organik yang struktur asasnya terdiri daripada satu atom oksigen dan empat atom karbon tersusun seperti gelang. Molekul furan yang paling ringkas ialah cecair yang toksik yang tidak berwarna dengan suhu didih 32?C, mudah terbakar, dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam alkohol atau eter. Furan dihasilkan melalui proses penyulingan kayu, terutamanya kayu pain. |
albumin | | | Protein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan. |
globular protein | | | Satu protein berbentuk seperti sfera yang kebiasaannya larut dalam cecair akueus. Molekul daripada kumpulan bukan kutub pada protein ini terikat kepada molekul dalaman, sementara molekul daripada kumpulan kutub terikat keluar bagi membenarkan saling tindak dwikutub dengan pelarut. Protein ini dapat bertindak sebagai enzim, pengawal proses biologi, penghantar dan stok asid amino. Contoh utama protein ini ialah hemoglobin dan imunoglobulin. |
hydrophilic | | | Sifat bahan atau molekul yang cenderung kepada air, iaitu mudah menyerap dan larut di dalam air. Bahan hidrofilik biasanya bercas dan mempunyai kumpulan berkutub yang strukturnya menarik molekul air. Contohnya, titanium dioksida yang biasanya digunakan pada cermin kenderaan untuk menghilangkan kabus dan minyak yang melekat pada cermin berkenaan. Banding hidrofobik. |
Ostwald ripening | | | Fenomena yang berlaku dalam larutan pepejal atau cecair apabila butiran kecil larut dan tumbuh semula dengan saiz yang lebih besar dan stabil. Fenomena ini dapat dikesan dalam proses menghasilkan nanozarah logam yang stabil. |
hydrophobic | | | Sifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik. |
hydrosol | | | Koloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air. |
|
|