PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
goldcoated | | | Proses penyaduran/endapan lapisan tipis emas pada permukaan sampel dengan menggunakan kaedah penyaduran kimia atau penyaduran elektrokimia bagi meningkatkan kadar kekonduksian sampel. Sampel akan diletakkan diatas logam seperti tembaga atau perak sebelum proses penyaduran dilakukan. |
cryo-ultramicrotom | | | Alat yang digunakan untuk menyediakan lapisan tipis sampel dengan permukaan yang rata dan berkualiti. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia. |
metal insulator metal junction | | | Struktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |
photonic crystal | | | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
Josephson junction | | | Satu lapisan penebat tipis yang memisahkan dua bahan superkonduktor untuk menghasilkan kesan Josephson. Lihat juga kesan Josephson. |
photoreflective polymer | | | Bahan polimer dalam bentuk lapisan atau filem tipis yang mempunyai sifat memantul cahaya yang tinggi. Polimer fotopantulan digunakan dalam sistem holografi untuk merakamkan imej tiga dimensi yang boleh dirakam dan dipadam berulang kali. Dalam penggunaan ini, ketebalan lapisan filem adalah antara 10 nm - 300 nm. Contohnya, polimer yang mengandungi molekul etana. |
chemical vapour deposition | | | Proses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis. |
heteroepitaxy | | | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur berlainan jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, hablur semikonduktor seperti galium arsenida, germanium dan kadmium telurid (CdTe) dapat dimendapkan pada permukaan hablur silikon. Banding homoepitaksi. |
homoepitaxy | | | Kaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur yang sama jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, silikon jenis-p dimendapkan ke atas silikon jenis-n. Banding heteroepitaksi. |