PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
computer engineering | | | Disiplin ilmu yang menggabungkan kedua-dua bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Jurutera komputer yang dilatih dalam bidang ini biasanya mempunyai pengetahuan dalam kejuruteraan elektrik, reka bentuk perisian dan integrasi antara perkakasan dengan perisian. Kejuruteraan komputer melibatkan pelbagai aspek pengkomputeran seperti pemprosesan mikro, komputer peribadi, superkomputer, kuantum komputer, dan reka bentuk litar. |
computer switching nanotube | | | Peranti suis sistem komputer yang berasaskan karbon nanotiub dan dapat meniru fungsi suis mikropemproses berasaskan silikon. Komputer yang berasaskan peranti ini mampu membaca dan menulis dengan lebih pantas serta bersaiz lebih kecil. |
neuro-electronic interface | | | Antara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut. |
nanocomputer | | | Komputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer. |
pervasive computing | | | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
quantum computing | | | Bidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak. |
magnetic resonance imaging (MRI) | | | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |
qubit | | | Maklumat digit atau bit dalam pengkomputeran berasaskan keadaan kuantum suatu sistem. Kubit digunakan dalam sistem komputer kuantum yang dapat menyimpan maklumat yang terlalu besar dan beroperasi pada kelajuan tinggi. Kubit ialah singkatan bagi kuantum dan bit. |
protein engineering | | | Teknik untuk mereka bentuk protein bagi penggunaan tertentu dengan menerapkan gabungan ilmu sains, matematik dan ekonomi. Protein baharu direka bentuk dengan bantuan algoritma komputer berasaskan pengetahuan struktur dan fungsi protein. |
artificial protein | | | Satu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik. |