PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
energy storage | | | Sistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam. |
nanoelectromechanical device | | | Alat bersaiz nano yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, nanopam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. |
microelectromechanical device | | | Alat bersaiz mikro yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, mikropam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. Lihat juga sistem mikroelektromekanik (MEMS). |
nanorod | | | Struktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS). |
electrochromic | | | Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida. |
nanotechnology | | | Teknologi yang melibatkan pembinaan dan pengawalan struktur jirim atau peranti pada skala atom atau molekul atau tidak lebih daripada 100 nm. Teknologi ini berkembang dengan meluas bermula daripada pengembangan dalam fizik peranti lazim kepada pendekatan baharu sepenuhnya berasaskan swahimpunan molekul sehinggalah kepada pembuatan bahan baharu berskala nanometer. Teknologi ini mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dalam bidang perubatan, elektronik dan penjanaan tenaga. |
atomic force microscope (AFM) | | | Peranti yang menggunakan penduga yang dipasang pada spring untuk menghasilkan imej individu atom pada permukaan suatu bahan. Dalam reka bentuk konvensional, penduga merentasi permukaan bahan sambil bergerak turun dan naik kerana tarikan daya atom, pergerakan turun-naik tersebut dirakam dengan bantuan satu alur laser yang memantulkan cahaya dari kepala penduga. Pola cahaya pantulan membentuk imej permukaan. Imej yang diperoleh adalah 1000 kali ganda lebih besar daripada imej yang dihasilkan oleh mikroskop optik. AFM digunakan untuk menganalisis dan memproses bahan bagi pelbagai kegunaan termasuk elektronik, telekomunikasi, biologi dan industri teknologi tinggi yang lain. Penggunaan mikroskop ini telah diperluas daripada sistem yang asal termasuk mendapat imej sifat magnet bahan dan dapat digunakan pada bahan bukan konduktor. Banding mikroskop penerowongan imbasan. |