PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
neutron | | | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
cholesterol | | | Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel. |
adenine | | | Bes organik daripada famili purina, dengan rumus kimia C5H5N5. Adenina merupakan satu daripada empat bes nitrogen yang digunakan untuk mensintesis asid nukleik. Adenina juga merupakan juzuk yang berpasangan dengan timina dalam DNA dan urasil dalam RNA. |
alanine | | | Asid amino berhablur dengan formula kimianya, C3H7NO2. Alanina merupakan salah satu komponen dalam pembentukan nanowayar berganda DNA. Terdapat dua jenis alanina, iaitu ?-alanina dan ?-alanina. ?-alanina merupakan juzuk kebanyakan protein, terutamanya protein haiwan. ?-alanina tidak terdapat dalam protein, tetapi wujud secara tabii dalam dua peptida, iaitu karnosina dan ansarina yang terdapat dalam otot mamalia. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata juzuk |
|
|