PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
energy gap | | | Julat tenaga dalam sampel pepejal yang tidak mempunyai electron dan dikenali sebagai jurang jalur. |
band gap | | | Perbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor. |
Coulomb gap | | | Lihat penghalang Coulomb. |
Coulomb blockade | | | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |
photoluminescence | | | Proses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut. |
|
|