PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
quantum yield | | | Ukuran kecekapan penyerapan cahaya dalam suatu sistem kuantum yang diungkapkan sebagai nisbah jumlah foton yang dipancarkan oleh bahan terhadap jumlah foton yang diserap. Contohnya, pemancaran cahaya oleh bintik kuantum apabila diuja oleh sinaran yang mempunyai jarak gelombang lebih pendek seperti sinaran ultralembayung. |
scanning calorimeter | | | Alat termoanalitik yang digunakan untuk mengukur perbezaan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sampel dan suhu rujukan diukur sebagai fungsi suhu. Kedua-dua sampel dan rujukan berada pada suhu yang hampir sama. |
glutamate | | | Garam atau ester daripada asid glutamik, yang terdapat dalam jumlah yang banyak sebagai pemancar neuro dalam sistem saraf mamalia. Garam ini biasanya mempunyai berat molekul 147.13 gmol-1 dan bersaiz 0.70 nm. |
electronic magic number | | | Angka 2, 10, 18, 36, 54, dan 86, yang sepadan dengan jumlah nombor elektron dalam petala elektron yang penuh. Unsur kimia yang mempunyai nombor atom yang sama dengan salah satu nombor ajaib ini, biasanya berada pada keadaan stabil secara kimia. |
antiferromagnetism | | | Sifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO). |
fluorophore | | | Komponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH. |
optical particle counter (OPC) | | | Alat yang berfungsi berdasarkan prinsip penyerakan cahaya daripada zarah. Digunakan untuk mengira zarah yang mempunyai diameter melebihi 0.05 ?m, mengukur kepekatan nombor zarah dan jumlah saiz dalam julat tertentu untuk mengesahkan sistem tapisan mekanikal dan mengenal pasti sumber tercemar. |
intrinsic semiconductor | | | Semikonduktor tulen yang kepekatan pembawa casnya ditentukan oleh ciri bahan tersebut, biasanya pembawa cas, iaitu elektron dan lohong dihasilkan daripada kesan terma atau kecacatan semikonduktor tersebut. Dalam bahan ini, jumlah elektron dan lohong adalah sama, berbeza dengan semikonduktor ekstrinsik yang pembawa casnya dihasilkan oleh bahan pendop. Contohnya, silikon dan germanium. Banding semikonduktor ekstrinsik. |
|
|