PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
de Broglie theory | | | Teori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum. |
anthrax | | | Sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi. |
hexamer | | | Supramolekul yang terdiri daripada enam komponen dendrimer tersusun secara swapasang dan dikenali juga sebagai kompleks dendrit supramolekul. |
sp hybridization | | | Satu daripada proses pembentukan ikatan kimia dalam atom karbon C, dan juga beberapa atom lain. Dalam proses ini, atom C memindahkan satu elektron dari petala 2s ke dalam orbitan 2p yang kosong, dan seterusnya menggabungkan baki satu elektron pada petala 2s dengan satu elektron pada orbitan 2p atom lain. |
Josephson junction | | | Satu lapisan penebat tipis yang memisahkan dua bahan superkonduktor untuk menghasilkan kesan Josephson. Lihat juga kesan Josephson. |
single-walled carbon nanotube | | | Sejenis nanotiub yang terdiri daripada satu lapisan dinding grafit. Lihat juga nanotiub. |
atomic force | | | Daya tindak balas antara atom termasuk daya tarikan atau tolakan yang bertindak antara atom dan juga atom-atom yang berdekatan. |
nanowire | | | Struktur berbentuk seperti wayar, berdiameter 1 nm - 100 nm. Nanowayar memberikan kesan mekanik kuantum berdimensi satu dan dikenali juga sebagai wayar kuantum. Terdapat pelbagai jenis nanowayar, termasuk daripada bahan logam (seperti Ni, Pt, Au), semikonduktor (seperti Si, InP, GaN) dan penebat (seperti SiO2, TiO2). Nanowayar dapat digunakan untuk menyambung komponen halus kepada litar yang amat kecil. |
shot noise | | | Hingar elektronik atau fotonik yang dihasilkan oleh perubahan rawak sebilangan zarah yang membawa tenaga. Hingar tembak juga terjadi dalam sistem optik disebabkan oleh turun naik foton. Hingar tembak menimbulkan masalah dalam sistem apabila arus elektrik adalah kecil atau keamatan cahaya yang rendah. |
lipoprotein | | | Gabungan lipid dan protein, mempunyai sifat umum protein dan penting untuk pengangkutan lipid di dalam darah dan limfa. Lipoprotein juga merupakan pembawa kolesterol berbentuk sfera dengan diameter 20 nm. |