PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanocrystal | | | Susunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel. |
Coulomb blockade | | | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |
nanosphere | | | Zarah berbentuk sfera bersaiz 1 nm - 1000 nm. Zarah ini terdiri daripada logam, bahan organik, seramik atau bahan semikonduktor. Jika zarah ini bersaiz 1 nm - 100 nm dan diperbuat daripada bahan semikonduktor, zarah ini dipanggil bintik kuantum. Zarah ini disediakan melalui pelbagai cara, iaitu kaedah kimia, ablasi laser, MBE, dan MOCVD. |
confined electron | | | Keadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod. |
Kelly-Tyson equation | | | Persamaan yang digunakan untuk pengiraan kekuatan terikan keluli sebagai fungsi daripada pecahan isi padu nanotiub karbon. Kekuatan terikan keluli bertambah sebanyak tujuh kali ganda jika keluli mengandungi 30% nanotiub karbon. |
cobot | | | Sejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia. |
metal insulator metal junction | | | Struktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |
Kirkwood-Adler transition | | | Keadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk. |
|
Puisi |
---|
|
Makan buah berdulang-dulang, Makanan anak si perantau; Jika tuah berbalik pulang, Jika tidak hilang di rantau.
Lihat selanjutnya... |
|