PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
infrared film | | | Keadaan filem fotografi yang peka kepada gelombang elektromagnet pada daerah inframerah dekat. Filem ini digunakan untuk merakamkan objek dalam keadaan berjerebu, membezakan tumbuhan hidup atau mati, dan menentukan keaslian warna pigmen hijau. |
glow peak | | | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |
pixel | | | Unsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik. |
|
Puisi |
---|
|
Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti.
Lihat selanjutnya... |
|