PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nanomagnetism | | | Subbidang nanosains yang berkaitan dengan struktur magnet pada julat nanometer. Subbidang ini merupakan asas untuk menjelaskan penyimpanan data, sensor, teknologi peranti, sains hayat, dan perubatan. |
metastable | | | Keadaan sistem yang kestabilannya mudah terganggu. Sebarang gangguan kecil akan menyebabkan sistem yang berada dalam keadaan metastabil membebaskan tenaga untuk mencapai keadaan yang mantap. Jangka hayat metastabil ialah 10(2) - 10(3) lebih panjang daripada sistem yang tidak stabil. |
neutron | | | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
chemical sensor chemochromic | | | Penderia yang dibuat berasaskan perubahan warna cahaya LED yang dipantulkan oleh pigmen filem tipis apabila terdedah kepada gas. Sistem sensor ini terdiri daripada berbilang LED yang mempunyai dua fungsi. Setiap LED menjadi pemancar cahaya apabila diberi pincang ke depan dan sebagai pengesan cahaya apabila diberi pincang songsang. Dengan mengenakan pincang secara ulang-alik, sistem ini dapat bertindak sebagai sensor yang tahan lasak, jimat dan jangka hayat yang panjang. Contohnya, dalam pengesanan gas hidrogen. |
|
Puisi |
---|
|
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.
Lihat selanjutnya... |
|