PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
linked cluster | | | Gugusan yang terdiri daripada zarah emas yang disalut dengan semburan halus tiol N-asetilsisteina (RSH) yang dapat disambung dengan metana -CH3. Molekul berantai ini terumbai keluar daripada permukaan zarah. Gugusan zarah ini terdiri daripada susunan dua dimensi zarah nano bersaiz 500 nm, yang bersambung antara satu sama lain dan dapat dimendapkan ke atas permukaan rata. |
micelle | | | Gugusan molekul surfaktan yang terserak dalam cecair koloid. Suatu misel yang tipikal dalam larutan akues membentuk gugusan sfera dengan bahagian hadapan hidrofilik bersentuhan dengan pelarut di sekelilingnya. Misel juga berbentuk elips, silinder atau dwilapisan. |
jellium model | | | Model yang mengandaikan suatu gugusan atom sebagai suatu atom besar. Cas nukleus setiap atom dianggap bertaburan secara seragam di dalam sfera bersaiz gugusan tersebut. Aras tenaga dalam model ini diperoleh daripada penyelesaian persamaan Schrodinger seperti yang dilakukan untuk atom hidrogen. |
nanocluster | | | Gugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin. |
nanoparticle | | | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |
nanoparticle reactivity | | | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
passivated nanoparticle | | | Keadaan nanozarah yang menyalut sesuatu permukaan bagi menghalang hakisan, pencemaran atau menambah kestabilan sifat elektrik. Biasanya gugusan nanoemas digunakan untuk membentuk monolapisan berskala 1 nm - 10 nm. |
glow peak | | | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |
nucleation | | | Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur. |