PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
accelerometer | | | Peranti yang mengukur pecutan, kecondongan atau kesan graviti. Terdapat pelbagai jenis peranti akselerometer bergantung pada komponen utamanya seperti filem piezo, mikroelektromekanik (MEMS) dan nanoelektromekanik (NEMS). Akselerometer yang menggunakan teknologi MEMS, digunakan dalam industri automotif untuk mengesan pelanggaran dan penggelembungan beg udara. Sinonim gravimeter, meter pecutan. |
silicon | | | Unsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410C, suhu didih 2,355C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata graviti |
|
|