PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
fibre optic | | | Gentian pemanduan cahaya berasaskan pantulan dalam penuh yang terdiri daripada silinder halus kaca atau plastik bersalut bahan berindeks biasan lebih tinggi. Gentian ini digunakan dalam sistem komunikasi, pencahayaan, penderiaan, dan pengimejan optik. |
fibre optic cable | | | Satu kabel yang terdiri daripada satu atau lebih serat optik yang dimasukkan ke dalam tiub untuk melindunginya daripada kesan persekitaran. Kabel ini digunakan dalam sistem komunikasi. |
nanopositioning | | | Proses yang melibatkan pergerakan dan penempatan sesuatu objek dengan kejituan nanometer. Proses ini biasanya digunakan untuk pemasangan komponen gentian optik. Kaedah yang digunakan untuk proses ini menggunakan kesan piezoelektrik yang dikawal oleh voltan elektrik. |
composite | | | Bahan yang dihasilkan daripada dua atau lebih gabungan bahan yang bersifat fizik dan kimia berlainan. Contohnya, serlog (seramik dan logam), konkrit dan kaca gentian. |
photonics | | | Bidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi. |
photosensor | | | Peranti elektronik yang mengesan kehadiran cahaya tampak, sinaran inframerah, atau sinaran ultralembayung. Kebanyakan fotosensor terdiri daripada bahan semikonduktor yang mempunyai sifat fotokekonduksian, iaitu kekonduksian elektrik berubah dengan keamatan sinaran yang menimpa permukaan fotosensor. Contoh fotosensor ialah fotodiod, fototransistor dwikutub, dan fotoFET (transistor fotopeka kesan-medan). Fotosensor sinaran ultralembayung menggunakan fotodiod nanorod zink oksida. Fotosensor digunakan dalam sistem optik gentian, pengimbas optik, pemacu cakera optik dan peranti kawalan jauh. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentian; |
|
|