PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
catenane | | | Molekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar. |
furan | | | Sebatian organik yang struktur asasnya terdiri daripada satu atom oksigen dan empat atom karbon tersusun seperti gelang. Molekul furan yang paling ringkas ialah cecair yang toksik yang tidak berwarna dengan suhu didih 32?C, mudah terbakar, dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam alkohol atau eter. Furan dihasilkan melalui proses penyulingan kayu, terutamanya kayu pain. |
molecular self-assembly | | | Penyusunan kumpulan molekul dalam keadaan rawak kepada struktur yang lebih teratur berasaskan sifat kimia dan fizik dalam sistem tanpa pengaruh luar. Terdapat dua jenis swapemasangan molekul, iaitu swapemasangan intramolekul dan swapemasangan intermolekul. Contoh swapemasangan intramolekul ialah protein yang terlipat membentuk gelang, manakala swapemasangan intermolekul ialah pembentukan supermolekul misel dalam larutan. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang-gelang |
|
Puisi |
---|
|
Gelang intan dalam puan, Gelang emas di kain berlipat; Bila terpandang wajah tuan, Hati berdebar lemah semangat.
Lihat selanjutnya... |
|