PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
molecules | | | Gabungan dua atau lebih atom melalui ikatan kimia dan membentuk struktur tertentu. Setiap molekul wujud sendiri dan mempunyai ciri kimia tersendiri. Contohnya, natrium klorida (NaCl) terdiri daripada 1 atom natrium dan 1 atom klorin membentuk molekul melalui ikatan ionik, dan etanol (C2H6O) terdiri daripada 2 atom karbon, 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen membentuk molekul melalui ikatan kovalens. |
lipoprotein | | | Gabungan lipid dan protein, mempunyai sifat umum protein dan penting untuk pengangkutan lipid di dalam darah dan limfa. Lipoprotein juga merupakan pembawa kolesterol berbentuk sfera dengan diameter 20 nm. |
nanopiezotronics | | | Bidang yang mengkaji gabungan kesan piezoelektrik dan sifat semikonduktor nanowayar dan nanojalur untuk mereka bentuk dan pemfabrikasian peranti elektronik dan komponen seperti transistor kesan medan dan diod. |
electrochemical cell | | | Sel yang terdiri daripada gabungan dua elektrod, disusun dalam suatu bahan elektrolit supaya tindak balas penurunan pengoksidaan berlaku serta menghasilkan daya elektromotif. Contohnya, sel kering, sel basah, sel piawai, sel bahan api, dan sel elektrolit pepejal. |
macromolecule | | | Molekul besar yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa molekul kecil serta mempunyai beberapa atom yang terikat bersama-sama. Contohnya, bahan polimer, DNA dan lipid. |
nanoelectromechanical device | | | Alat bersaiz nano yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, nanopam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. |
molecular device | | | Alat elektronik yang terdiri daripada gabungan bilangan diskret komponen molekul seperti supramolekul, direka untuk menghasilkan fungsi yang tertentu. Contohnya, suis fotokimia. |
microelectromechanical device | | | Alat bersaiz mikro yang menggunakan gabungan sistem mekanik dan elektronik. Peranti ini digunakan sebagai sensor, mikropam, pemecut dan pelbagai kegunaan dalam bidang elektronik dan perubatan. Lihat juga sistem mikroelektromekanik (MEMS). |
composite | | | Bahan yang dihasilkan daripada dua atau lebih gabungan bahan yang bersifat fizik dan kimia berlainan. Contohnya, serlog (seramik dan logam), konkrit dan kaca gentian. |
small peptide | | | Sebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida. |