PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
lambda transition | | | Keadaan peralihan fasa orde kedua dalam bahan. Contohnya, peralihan fasa cecair helium pertama ke cecair helium kedua yang dapat dicerap melalui perubahan tak selanjar muatan haba. Peralihan ini berlaku pada suhu 2.2K (takat lambda). |
nucleation | | | Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur. |
Kirkwood-Adler transition | | | Keadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk. |
magnetic force microscopy (MFM) | | | Penggunaan mikroskop daya magnet untuk mencerap fasa magnet suatu sampel dengan cara mengimbas suatu penduga pada permukaan sampel. Alat yang biasa digunakan ialah mikroskop daya atom yang menggunakan suatu penduga khas yang peka kepada medan magnet. Mikroskop daya magnet dapat mengukur resolusi sehingga 10 nm. Contoh penggunaan alat ini adalah untuk mengkaji fasa magnet pada pita video dan jalur magnet bagi kad kredit atau kad bank. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM). |
nanodispersion | | | Sistem pelbagai fasa nanozarah yang tersebar dalam pelbagai media sama ada pepejal, cecair atau gas. |
liquid crystal | | | Bahan dalam fasa cecair dengan molekulnya tersusun seperti dalam hablur pepejal. Bahan ini bersifat tak isotrop, dwibiasan dan mempamerkan corak belauan dalam cahaya terkutub disebabkan oleh orientasi molekul yang selari dalam bilangan yang banyak. Hablur cecair digunakan dalam sistem paparan elektronik. |
Merrifield method | | | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
Curie temperature | | | Suhu ambang yang menentukan berlakunya peralihan fasa paramagnet kepada feromagnet apabila suhu diturunkan. |
hard-sphere repulsion | | | Keadaan tolakan antara molekul dalam tindak balas pelanggaran fasa gas biomolekul, dalam teori pelanggaran sfera keras. Tolakan sfera keras biasanya digunakan sebagai model untuk memahami tindak balas nanozarah koloid. |
colossal magnetoresistance | | | Magnetorintangan yang sangat besar melebihi 20% pengurangan rintangan, yang berkaitan dengan peralihan fasa magnet dalam sesetengah bahan homogen terutamanya dalam kumpulan magnet oksida perovskit. Lihat juga magnetorintangan raksasa. |