PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
single-walled carbon nanotube | | | Sejenis nanotiub yang terdiri daripada satu lapisan dinding grafit. Lihat juga nanotiub. |
nested nanotube | | | Nanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri. |
nanotube | | | Struktur molekul berskala nanometer berbentuk seperti tiub atau silinder. Terdapat pelbagai jenis nanotiub, antaranya ialah nanotiub karbon, nanotiub inorganik, nanotiub DNA, dan nanotiub membran. Nanotiub mempunyai sifat elektronik, terma dan struktur yang lebar bergantung pada diameter, panjang dan liukan. Nanotiub dapat wujud dalam bentuk dinding tunggal atau dinding berlapis-lapis atau silinder di dalam silinder. Antara penggunaan nanotiub ialah penyimpanan data berkapasiti tinggi, peranti elektronik berskala nano dan sel suria. Lihat juga nanotiub karbon. |
multi-walled carbon nanotube (MWNT) | | | Lihat nanotiub bersarang. |
biostructure | | | Struktur biologi, seperti dinding sel dan tulang buatan yang sifatnya berubah dalam skala nanometer. |
nanofibril | | | Seberkas rantaian polimer selulosa halus dengan diameter beberapa nanometer yang tersusun oleh ikatan lemah. Contohnya, rambut, ekor sperma, dan dinding sel. Nanofibril selulosa tumbuhan yang biasanya terbuang sebagai sampah dapat diproses untuk menghasilkan bahan nanokomposit yang kukuh, digunakan dalam kejuruteraan, perubatan dan kosmestik. |
colorimetric nanosensors | | | Sensor yang memberikan suatu petunjuk untuk analisis makroskopik dengan melihat perubahan warna. Contohnya, kertas yang disalut DNA nanozarah emas dapat digunakan untuk mengesan kehadiran plumbum dalam persekitaran, dengan cara menekan kertas tersebut pada dinding dan melihat perubahan warna. |
carbon nanotube | | | Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding. |
elastin | | | Protein kenyal pada tisu yang bersambungan antara satu sama lain dan membenarkan tisu pada badan kembali kepada bentuk asal selepas regangan atau kecutan. Protein ini membantu kulit kembali kepada struktur asal selepas dicubit atau ditekan. Elastin terdiri daripada asid amino, glisina, valina, alanina, dan pralina. Elastin pada dinding arteri muncul dalam bentuk helaian atau membran yang berlubang dalam pelbagai saiz. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Lihat selanjutnya... |
|