PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
ultraviolet visible near infrared spectroscopy | | | Kaedah untuk menentukan sebatian kimia apabila sampel menyerap sinaran dalam jarak ultraungu ke inframerah-dekat (190 2000 nm). |
near-field microwave microscopy (NFMM) | | | Kaedah yang digunakan untuk pencirian bahan secara kuantitatif dengan mengukur tindak balas gelombang pada skala tertentu, yang panjang gelombangnya lebih pendek daripada gelombang elektromagnet tuju. Prinsip pengukuran seperti dalam rajah. |
scanning near-field thermal microscope (SNTM) | | | Pengimbas mikroskop yang digunakan untuk memetakan suhu setempat dan kekonduksian terma antara muka. Kuar pada mikroskop ini peka terhadap suhu setempat seperti termometer pada skala nano. |
scanning near-field optical microscope (SNOM) | | | Alat yang digunakan untuk mengkaji nanostruktur yang boleh mengatasi had resolusi medan jauh dengan mengeksploitasi sifat-sifat gelombang evanesant. |
scanning near-field acoustic microscope (SNAM) | | | Alat pengimejan yang digunakan untuk mengkaji topografi pada permukaan bahan bukan konduktor. |
near-field scanning optical microscopy (NSOM) | | | Kaedah untuk mengkaji sifat optik sampel seperti penghantaran cahaya dan penyerakan cahaya. |
infrared film | | | Keadaan filem fotografi yang peka kepada gelombang elektromagnet pada daerah inframerah dekat. Filem ini digunakan untuk merakamkan objek dalam keadaan berjerebu, membezakan tumbuhan hidup atau mati, dan menentukan keaslian warna pigmen hijau. |
photodynamic theraphy | | | Terapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser. |
Kirkwood-Adler transition | | | Keadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk. |