PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
optical memory | | | Simpanan data digital menggunakan sistem dan sifat optik. Data ini dibaca dengan menggunakan alur laser. Ingatan optik dapat menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan dapat dibaca dengan laju menggunakan sistem komputer. Contohnya, CD-ROM atau DVD. |
compact disk (CD) | | | Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera. |
magnetic storage | | | Kaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi. |
magnetic memory | | | Simpanan data digital menggunakan cip berasaskan sifat magnet. Contohnya, cip yang terdiri daripada transistor yang operasinya berasaskan konsep spin elektron dan penerowongan magneto rintangan. |
contelligence | | | Nilai ambang bagi kekuatan dan kecerdasan yang diperlukan dalam rangkaian neural buatan untuk memindahkan data. |
nanocomputer | | | Komputer dengan litar bersaiz nano yang berasaskan sistem elektronik, biokimia atau kuantum. Nanokomputer berupaya memproses data dengan lebih laju, di samping memiliki ingatan yang lebih besar berbanding mikrokomputer. |
nanomagnetism | | | Subbidang nanosains yang berkaitan dengan struktur magnet pada julat nanometer. Subbidang ini merupakan asas untuk menjelaskan penyimpanan data, sensor, teknologi peranti, sains hayat, dan perubatan. |
transducer | | | Peranti elektronik yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain untuk pelbagai tujuan termasuk pengukuran atau pemindahan data. Contoh transduser ialah transduser ultrasonik, transduser suhu (contoh termogandingan), transduser piezoelektrik dan transduser tekanan. |
anaglyph generator | | | Peranti yang menghasilkan gambar anaglif, iaitu imej tiga dimensi (3D) menerusi pengkomputeran canggaan trigonometri ke atas imej yang dipamerkan dalam warna tertentu. Gambar 3D ini penting bagi memudahkan analisis data dan membezakan ketinggian puncak titik berdekatan. |
Kramers-Kronig analysis | | | Analisis yang dilakukan ke atas pemalar dielektrik yang mengandungi bahagian sahih dan khayal, ?= ?'(v)+ ?"(v) dengan ?' ialah fungsi yang berkaitan dengan frekuensi jalur inframerah, manakala ?" ialah penyerapan atau kehilangan tenaga. Analisis ini digunakan untuk mendapatkan pergantungan frekuensi daripada ?' dengan ?" berasaskan data pengukuran spektrum inframerah. |