PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
leucocyte | | | Sel darah tanpa pigmen yang mempunyai satu nukleus dan sitoplasma berbentuk sfera dengan diameter 8 mikrometer - 15 mikrometer. Sel ini merupakan sistem ketahanan tubuh daripada serangan penyakit. Darah normal mengandungi 5000 - 10000 leukosit per mm3. Sinonim sel darah putih. |
albumin | | | Protein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan. |
haemoglobin | | | Molekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan. |
cardioMEMS | | | Peranti untuk memantau jantung seperti tekanan darah dan kadar denyutan yang terdiri daripada dua bahagian. Pertama, sensor berasaskan teknologi mikroelektromekanik (MEMS) yang diimplan pada jantung. Kedua, sistem elektronik luar. Kedua-dua bahagian ini berkomunikasi tanpa wayar. |
macrophage | | | Sel di dalam tisu yang terdiri daripada sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai monosit. Sel ini bertindak dalam sistem pertahanan khusus dan tak khusus haiwan vertebrata yang fungsinya adalah untuk memerangkap dan menghadam patogen, sama ada sebagai sel bergerak ataupun sel pegun. |
cholesterol | | | Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel. |
biosensor | | | Peranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah. |
cryoscopy | | | Kaedah untuk menentukan berat atau kepekatan sesuatu molekul dalam sampel biologi (contoh sampel darah, air kencing, tumbuhan, dan sebagainya) dengan melarutkan sampel dan kemudian mengukur takat beku larutan. |
lipoprotein | | | Gabungan lipid dan protein, mempunyai sifat umum protein dan penting untuk pengangkutan lipid di dalam darah dan limfa. Lipoprotein juga merupakan pembawa kolesterol berbentuk sfera dengan diameter 20 nm. |
heme | | | Molekul porfirin yang mengandungi logam ferum dengan formula kimia C34H32O4N4Fe. Molekul ini menjadi komponen utama sel darah merah (hemoglobin). Fungsi utama heme dalam proses pernafasan adalah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu badan dan seterusnya membawa balik karbon dioksida. |