PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
photochemical switch | | | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
self-replicating | | | Proses apabila suatu bahan dapat membuat salinan dirinya sendiri. Sel biologi dalam keadaan tertentu dihasilkan semula melalui pembahagian sel. Semasa pembahagian sel, DNA akan menyalin dirinya sendiri dan seterusnya membiak. Nanoteknologi akan menghasilkan peranti yang dapat menyalin dirinya sendiri melalui penyusunan molekul bahan, di samping dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya, molekul DNA. |
photobleaching | | | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |
assembler | | | Mesin yang masih pada peringkat rekaan yang dapat menyusun individu atom atau molekul bagi menghasilkan suatu peranti nano. Contohnya, penghimpun swareplikasi yang dapat diprogramkan untuk menyalin dirinya sendiri apabila dibekalkan bahan mentah dan tenaga. Alat ini penting dalam bidang perubatan dan bioteknologi seperti dalam kejuruteraan genetik, di samping berpotensi dalam bidang elektronik yang lain. |
soft molecule | | | Molekul tunggal bahan organik atau organo-logam yang dapat berfungsi sebagai satu komponen peranti elektronik, seperti suis, transistor dan diod. Komponen peranti ini dapat dipasang pada permukaan lembut seperti kepingan kertas atau plastik. Peranti yang dibina ini bersifat boleh lentur. |
nanobiotechnology | | | Teknologi yang berasaskan unit struktur asas biologi seperti lipid, protein dan DNA. Unit ini dapat mengalami swapasang kepada struktur dan peranti yang dapat digunakan dalam bidang nanoteknologi. |
single electron tunneling | | | Fenomena yang berlaku dalam sistem mekanik kuantum apabila elektron tunggal dapat melintasi kawasan tenaga terlarang disebabkan oleh sifat bak gelombangnya. Fenomena ini dapat dicerap apabila satu lapisan bahan penebat yang amat tipis, berketebalan beberapa nanometer, diapit oleh dua bahan konduktor. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan transistor elektron tunggal. |
monolayer | | | Lapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul. |
nucleic acid | | | Molekul biologi berstruktur polimer yang terdiri daripada rantai monomer nukleotid yang dapat dijumpai dalam semua sel dan virus. Asid ini mempunyai peranan penting dalam bidang biokimia kerana molekul ini dapat membawa maklumat genetik atau membentuk struktur dalam sel. Contohnya, DNA dan RNA. |
optical memory | | | Simpanan data digital menggunakan sistem dan sifat optik. Data ini dibaca dengan menggunakan alur laser. Ingatan optik dapat menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan dapat dibaca dengan laju menggunakan sistem komputer. Contohnya, CD-ROM atau DVD. |