PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
thermooptometry | | | Kaedah untuk menganalisis sifat/ciri-ciri optik bahan/sampel. |
thermoacoustimetry (TS) | | | Kaedah untuk mengukur ciri-ciri gelombang sesuatu bahan mengikut perubahan suhu (fungsi suhu). |
linear thermal analysis | | | Kaedah untuk menentukan sifat pengembangan terma dan ciri-ciri pembentukan bahan seperti kegagalan tegasan terma. |
atomic spectroscopy | | | Kajian tentang sinaran elektromagnet yang diserap dan dipancar oleh atom. Oleh sebab setiap unsur mempunyai ciri-ciri spektra yang unik maka spektroskopi atom digunakan untuk menentukan kandungan unsur dalam sampel. |
cantilever tip | | | Satu tip pada hujung kantilever dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM) digunakan untuk mengesan kedudukan atau saiz atom atau ciri-ciri lain pada sampel. Tip ini berbentuk tirus dan biasanya disadur dengan emas atau intan supaya lebih keras. |
microfluidics | | | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
characteristic length | | | Jarak atau saiz sesuatu struktur yang membezakan ciri suatu bahan sama ada bersifat pukal atau bersifat nanozarah. Contohnya, emas berwarna kuning dalam saiz pukal dan berwarna merah dalam saiz nano. |
biometric | | | Pengenalpastian yang berasaskan ciri peribadi seperti mata, muka, dan cap jari. Biometri dapat dikesan secara elektronik. |
fluorocarbon | | | Sebatian kimia yang mengandungi ikatan karbon-fluorin. Ciri utamanya adalah kurang bertindak balas dan mempunyai kekutuban yang tinggi. Panjang ikatan karbon-fluorin ialah ~14 nm dan tenaga perguraian ikatannya ialah 552 kJ/mol. |
electron diffraction pattern | | | Corak yang terhasil menggambarkan ciri bahan tersebut. Corak ini terbentuk melalui tindak balas antara elektron dan bahan yang mempunyai sifat hablur. |