PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
quantum corral | | | Cincin bersaiz nanometer yang terdiri daripada susunan atom yang teratur di atas substrat. Atom tersebut disusun menggunakan mikroskop penerowongan atom (STM). Saiz dan bentuk kandang ini menentukan keadaan kuantum, termasuk tenaga dan taburan elektron. Contohnya, cincin atom kobalt atau besi atas permukaan kuprum. |
guanine | | | Sebatian organik daripada kumpulan purina yang dicirikan oleh struktur dua cincin yang terdiri daripada atom karbon dan nitrogen dengan formula kimia, C5H5N5O. Sebatian ini merupakan salah satu daripada lima komponen asas bagi pembentukan asid nukleik, dan merupakan sebahagian daripada kandungan sel DNA dan RNA yang menyimpan dan menyebarkan kod genetik. |
scooter mechanism | | | Mekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cincin. |
|
Puisi |
---|
|
Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.
Lihat selanjutnya... |
|