PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
fragility | | | Sifat sesuatu bahan yang dicirikan dengan cara mengukur tahap kecepatan penurunan suhu apabila disejukkan kepada suhu peralihan kaca. Bahan dengan sifat kerapuhan yang tinggi mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang kecil, manakala bahan bersifat kerapuhan yang rendah mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang besar. |
ultrafiltration | | | Proses memisahkan beberapa jenis molekul daripada bahan kepada komponennya dengan cara melalukan bahan melepasi polimer berliang atau hablur berliang halus dengan saiz nanometer. Contohnya, proses penulenan air daripada toksin. Lihat juga nanoturasan. |
photolithography | | | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali. |
Volmer-Weber growth (VW) | | | Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW. |
Auger electron spectroscopy | | | Kaedah untuk menentukan komposisi kimia pada bahagian permukaan sesuatu bahan/sampel, dengan cara menganalisis tenaga elektron Auger yang dipancarkan daripada permukaan bahan/sampel tersebut. Contoh penentuan komposisi timah dan oksigen di dalam timah oksida(SnO2). |
magnetic force microscopy (MFM) | | | Penggunaan mikroskop daya magnet untuk mencerap fasa magnet suatu sampel dengan cara mengimbas suatu penduga pada permukaan sampel. Alat yang biasa digunakan ialah mikroskop daya atom yang menggunakan suatu penduga khas yang peka kepada medan magnet. Mikroskop daya magnet dapat mengukur resolusi sehingga 10 nm. Contoh penggunaan alat ini adalah untuk mengkaji fasa magnet pada pita video dan jalur magnet bagi kad kredit atau kad bank. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM). |
scanning capacitance microscope (SCAM) | | | Sejenis pengimbas kuar mikroskop (SPM) yang menggunakan kuar elektrod untuk menganalisis sampel dengan cara meletakkan kuar elektrod bersentuhan atau berdekatan dengan permukaan sampel. Maklumat sampel diperoleh melalui perubahan elektrostatik kapasitans di antara permukaan kuar elektrod. |
ferromagnet | | | Sifat elektrik besi, nikel atau kobalt dalam keadaan tiada medan magnet, pergerakan cas elektrik dihasilkan melalui pemindahan ionik dengan cara tarikan atau biasan. |
dielectric analysis (DEA) | | | Kaedah yang digunakan untuk mengkaji proses pematangan bahan seperti resin, perekat, cat dan sebagainya dengan cara mengukur sifat dielektrik bahan. |
silicon boule | | | Jongkong silikon hablur tunggal yang dihasilkan secara sintetik. Dalam industri semikonduktor, boule silikon dapat dihasilkan menerusi beberapa cara, seperti teknik Bridgeman atau proses Czochralski. Bagi menghasilkan satu rod silinder, boule silikon biasanya dipotong menjadi wafer bulat dan digilap agar substrat sesuai sebagai peranti semikonduktor. |