PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
tissue engineering | | | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |
artificial bone | | | Bahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur. |
artificial protein | | | Satu protein yang disintesis secara kimia dan molekulnya direka bentuk supaya sesuai dengan tujuan penggunaan tertentu. Reka bentuk molekul protein biasanya dilakukan menggunakan algoritma komputer. Protein asli merupakan terbitan daripada proses biologi. Protein buatan berpotensi digunakan dalam perubatan, biopenderia dan pelbagai peranti elektronik. |
artificial photosynthesis | | | Proses yang dilakukan oleh manusia dalam usaha meniru proses tabii fotosintesis bagi mensintesis karbohidrat daripada gas karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif daripada sinaran matahari. Terdapat beberapa pendekatan untuk menghasilkan fotosintesis buatan, salah satunya ialah sel suria elektrokimia yang menggunakan bahan semikonduktor TiO2 berstruktur nanozarah atau nanorod sebagai fotoanod. |
biostructure | | | Struktur biologi, seperti dinding sel dan tulang buatan yang sifatnya berubah dalam skala nanometer. |
contelligence | | | Nilai ambang bagi kekuatan dan kecerdasan yang diperlukan dalam rangkaian neural buatan untuk memindahkan data. |
crystal growth | | | Proses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran. |
amido | | | Sebatian amidohidrolase yang mempunyai radikal NH2 dan radikal CO. Bahan ini mudah dikesan melalui spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Amido digunakan dalam proses pencelupan kain sutera, bulu dan fiber buatan. |
nanoscale biostructure | | | Bidang ilmu yang mengkaji struktur yang direka bentuk pada skala nano yang dapat mengajuk, memberikan kesan kepada proses biologi atau berinteraksi dengan entiti biologi. Contohnya, susunan nanostruktur tulang buatan. |
electronic nose | | | Peranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar. |