PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
colloidal quantum dot | | | Zarah yang berada dalam bentuk larutan berkoloid. Bintik ini disintesis secara kimia menggunakan tiga komponen, iaitu pelopor, surfaktan organik dan pelarut. Bintik kuantum akan terbentuk menerusi proses pemanasan yang terkawal. Bintik kuantum ini bersifat pendarfluor apabila dipancarkan sinaran ultralembayung dan warna yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum. Bintik kuantum disangkut pada molekul biologi dan digunakan dalam bidang perubatan. |
nanoscale magnetic structure | | | Struktur bintik kuantum daripada bahan magnet yang saiznya dikawal supaya tidak menjejaskan sifat kemagnetannya. Untuk saiz bintik kuantum yang terlalu kecil, sifat kemagnetan ini akan mudah hilang disebabkan oleh tenaga haba. Saiz bintik ini dihadkan oleh sifat superparamagnet. Bahan ini biasanya digunakan untuk meningkatkan ketumpatan ingatan magnet pada komputer, bendalir fero, imej berwarna, dan biopemprosesan. |
quantum dot | | | Zarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik. |
semiconductor quantum dot | | | Hablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor. |
nanodot | | | Lihat bintik kuantum. |
semiconductor nanocrystal | | | Lihat bintik kuantum semikonduktor. |
Heaviside step function | | | Fungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron). |
nanophotonics | | | Ilmu tentang perlakuan cahaya pada bahan nanostruktur seperti bintik kuantum dan hablur fotonik, biasanya melibatkan kajian tentang sifat cahaya pada nanometer dan reka bentuk peranti fotonik yang mempunyai kecekapan yang tinggi. Ilmu ini berpotensi tinggi dalam industri komunikasi bagi membekalkan peranti berkelajuan tinggi, berkuasa rendah dan bebas gangguan seperti elektrooptik dan suis optik pada cip. Lihat juga fotonik. |
computronium | | | Bahan berhipotesis yang direka bentuk menggunakan nanoteknologi terhadap atom, molekul atau bintik kuantum untuk memaksimumkan proses pengkomputeran. |
compact disk (CD) | | | Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera. |