PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
large porous particle (LPP) | | | Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan. |
macromolecule | | | Molekul besar yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa molekul kecil serta mempunyai beberapa atom yang terikat bersama-sama. Contohnya, bahan polimer, DNA dan lipid. |
protein | | | Sebatian organik besar yang terdiri daripada susunan rantaian linear beberapa jenis asid amino bersaiz 0.6 nm. Asid amino disambung antara satu sama lain menerusi ikatan peptida. Protein memainkan peranan penting bagi setiap proses dalam sel organisma hidup. Contoh protein ialah mioglobin. |
colossal magnetoresistance | | | Magnetorintangan yang sangat besar melebihi 20% pengurangan rintangan, yang berkaitan dengan peralihan fasa magnet dalam sesetengah bahan homogen terutamanya dalam kumpulan magnet oksida perovskit. Lihat juga magnetorintangan raksasa. |
lithography | | | Kaedah penghasilan litar bersepadu yang melibatkan penutupan sebahagian besar permukaan dengan filem peka cahaya dan bahagian yang lain dibuang dengan hentaman zarah alur elektron, sinar-X atau sinaran ultralembayung sehingga suatu corak terhasil. Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri semikonduktor. |
cracking reaction | | | Proses pemecahan kompleks organik molekul yang besar kepada molekul kecil dengan memutuskan ikatan karbon. Proses ini dapat dijalankan secara tindak balas terma atau dengan menggunakan pemangkin nanozarah. |
jellium model | | | Model yang mengandaikan suatu gugusan atom sebagai suatu atom besar. Cas nukleus setiap atom dianggap bertaburan secara seragam di dalam sfera bersaiz gugusan tersebut. Aras tenaga dalam model ini diperoleh daripada penyelesaian persamaan Schrodinger seperti yang dilakukan untuk atom hidrogen. |
giant magnetoresistance (GMR) | | | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |
seed crystal | | | Cebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman. |
small-angle scattering | | | Kaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 10) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel. |